Ciri-ciri morfologi Pokok Avokado

Buah avakado dan potongan rentasnya.

Pokok avokado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak tinggi sehingga 20 meter (70 kaki) dengan batang bercabang. Daun-daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan berkilat di bahagian atas permukaan daun; bahagian bawah daun agak cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti lanseolat, ekliptik, bujur, ovat dan juga bentuk obovat.

Bunga avokado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 pusaran serta 3 kelopak periant dengan 9 stamen dan 2 kelenjar nektar berwarna jingga. Bunga-bunga ini mempunyai beberapa cara persenyawaan: kaedah 'A' di mana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga dikeluarkan tengahari, dkeadah 'B' iaitu debunga dikeluarkan pagi dan organ betina dibuka waktu tengahari. Daripada 11 spesies avokado, sebanyak 5 spesies mempunyai bunga jenis A dan 6 spesies jenis B berdasarkan sifat pendebungaan ini.

Buah avokado mempunyai bentuk membenjol tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm diameter. Kulit ia berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak. Kadang-kala ada juga yang mempunyai titik-titik kuning dan mempunyai ketebalan kulit kira-kira 6 mm. Sifat buah yang terdiri daripada isi tebal menutupi biji benih yang besar boleh disimpulkan seumpama beri malah dikelaskan sedemikian.[2][11][12]